Realiti Atau Fantasi

Kebanyakkan kes2 menyeramkan selalu terjadi di lokasi yg biasa senang dijumpai . Samada rumah usang , rumah ditinggalkan orang terlalu lama dan termasuklah bangunan pejabat lama dan baru . Bangunan pejabat yg dimaksudkan kat sini ialah opis2 , tak kisahlah opis kerajaan @ swasta . Kat sini i nak share pengalaman serem skit . kejadian berlaku di opis - Bangunan Kerajaan di Shah Alam , bukannya niat nak takutkan jantung org , tapi nak share apa yg terjadi n pengalaman sdn bhd .

Dulu , sebelum opis i berpindah ke 1 lokasi baru , kami ber'kampung' di Bgn Kerajaan Negeri . I masuk di situ thn 2005 . dah masuk 2 thn tak penah kena apa2 pun (Alhamdulillah la mmg tak mintak nak 'rasa' pun) . Tapi kes ni berlaku tanpa diundang . Masa tu tgh buat kerja admin , staff time tu pun tak ramai lagi . Buat keja sampai tak sedaq dah masuk maghrib . Sedaq2 'awak' tu sorang2 ja kat opis tu . Tgk jam dah dekat 7.45 mlm . Kat tingkap nampak 'gelap' kat luar tu . Tak pa , cuba sedapkan hati sbb before ni pun dok kerap jugak dengaq kwn2 dok crita kes2 seram n pelik . Dlm hati Allah taala ja yg tau , dok tak dok jadi gelabah semacam . Terkenangkan mcm2 ....

( Masa dok buat keja kipas n aircond mmg tak 'On' ) Dalam pada masa dok buat keja tetiba terdengaq la bunyi mcm kertas diselak2 . Adoi hai 'awak' tu dah la dok kalut nak perabih keja , nak balik cepat ... ada pulak bunyi2an . Apa lagi hati jadi bara la kawan . Dlm dok cuak tu ada rasa hangin la . Telinga dok try detect bunyi dr arah mana , tgk2 sbelah 'kita' ja . Mmg sah surat khabar sedang diselak sehelai demi sehelai . mata meliaq dok tgk standing fan kat belakang . still OFF !! Hmmm mulut mula mencarut tapi kaki langkah seribu beb !! Mana boleh tahan !!

Aku balik tinggai opis dlm keadaan terang menerang ! Main door pun tak lock ( pintu kaca ). Cuma Lock punat pintu papan . Kim slm la opis ! Berpeluh sejuk la makcik !! Nak lari turun ikut tangga lagi lah aku tak berani . Gagah la jugak naik lif , tapi mulut dok baca ayat Kursi tak berhenti2 . P kat kaunter guard nak tinggai kunci pintu papan tu . Guard pulak takdak ! yennadei !! Aku nekad tinggai la jugak . Sign buku . Blah !! Nak berjalan p parking kreta pun 1 hal . Gelap !! Turun bukit ! Ammak !! Beruang panda boleh lari sprint kalah watson nyambek n nazmizan ! Jolok kunci kreta pun dah kalut tak masuk2 ... Bila dah boleh start kreta mmmm jadi pelumba F1 plak .

Ingatkan dah setle bab tu . Sampai kat pintu gate besaq ... masyaAllah . Aku nekad belah ja . Org ka cik An ka lantak p la . Sbb dr jauh nampak menatang tu kecik n pendek makin lama nampak makin tinggi . Hitam . Adoiiii .... apa lagi aku tekan minyak la !!! Besok . DEMAM !! hambik kau ! errrr .... ni baru kena kat btg hidung sdn bhd . Blom lg yg kwn2 dok story mory ... ishhh .... andai sesapa terbaca story ni , agaknya korang boleh tau kot , pejabat kerajaan yg mana aku sebut tadi . Sorry geng . Bukan nak takutkan hampa wei . Kalu tak caya , tanya la sesapa yg dah 'lama' kat situ . ... Wallahhua'lam


Previous
Next Post »